Oleh
M. Hafiz
•
12 Oktober 2020, 01:04
Istilah Sumber liquidation
Istilah Sasaran pembubaran
Tindakan penjualan aset oleh organisasi apabila mereka tidak lagi mampu untuk menanggung kos operasi dan bersaing secara kompetitif. Tindakan ini akan membawa kepada penamatan operasi organisasi secara kekal. Pembubaran merupakan pendekatan yang diambil oleh organisasi yang mencatat kerugian kewangan secara berterusan. Contohnya, syarikat pengeluar dan pembekal kertas kepada agensi penerbitan akhbar yang terpaksa berdepan dengan pembubaran akibat kerugian yang ditanggung sejak beberapa tahun, berpunca daripada penurunan terhadap permintaan kertas untuk akhbar tempatan.
Bidang: Pengurusan