Istilah Sumber social marketing
Istilah Sasaran pemasaran sosial
Program komunikasi pemasaran yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mewujudkan dan mengekalkan sikap dan perlakuan positif terhadap isu sosial, seperti pengekalan nilai sosiobudaya yang murni, pemeliharaan sumber asli, dan perlindungan alam sekitar. Program ini juga merupakan salah satu kaedah perhubungan awam yang boleh membantu mengekalkan dan mengukuhkan citra organisasi. Aktiviti penyebaran maklumat dilakukan menggunakan pendekatan pemasaran, iaitu maklumat dan objektif dilihat sebagai suatu barangan yang perlu dipasarkan. Hasil pemasaran barangan diukur sebagai keuntungan kepada organisasi. Pemasaran sosial juga merupakan salah satu kaedah dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti pengiklanan korporat dan tanggungjawab sosial korporat organisasi.
Bidang: Komunikasi