24 Ogos 2021, 15:18

Istilah Sumber forest bathing
Istilah Sasaran mandian rimba

Perbuatan meluangkan masa di dalam rimba untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Mandian rimba merupakan salah satu cara untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan kepada golongan yang sibuk bekerja dengan menghayati segala yang terdapat di sekelilingnya termasuklah bunyi, bau dan pemandangan. Istilah ini berasal daripada bahasa Jepun, iaitu ‘shinrin-yoku’ dan merupakan rutin di Jepun sejak tahun 1980-an. Mandian rimba juga dikenali sebagai terapi rimba.

Bidang: Psikologi

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: