Oleh
Syafwan Arshad
•
16 Mei 2021, 08:13
Istilah Sumber digital connectivity
Istilah Sasaran keterhubungan digital
Keupayaan jaringan digital sebagai medium capaian internet yang menghubungkan manusia, organisasi atau objek untuk berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan seperti jaringan sejagat (WWW) e-mel, pekerjaan dan pembelajaran jarak jauh, e-dagang dan lain-lain. Contoh keterhubungan digital termasuklah teknologi Edge, 3G/4G/5G, Talian Pelanggan Digital Asimetri (ADSL), Jalur Lebar dan teknologi gentian optik.
Bidang: Teknologi Maklumat dan Komunikasi