Oleh
M. Hafiz
•
3 Mac 2020, 12:11
Istilah Sumber regional security
Istilah Sasaran keselamatan serantau
Kerjasama negara-negara berjiran dalam menghadapi ancaman yang mengugat kestabilan di kawasan tersebut. Keselamatan serantau penting kerana kaitannya secara langsung dengan keselamatan negara. Bagi rantau Asia Tenggara, ancaman yang wujud ialah keganasan, ancaman maritim, dan tuntutan bertindih terhadap pulau dan kawasan perairan. Keselamatan serantau bermaksud ancaman yang wujud tidak menjejaskan hubungan seperti pemutusan hubungan diplomatik dan konflik bersenjata.
Bidang: Undang-undang