10 Julai 2020, 22:12

Istilah Sumber rogue program
Istilah Sasaran atur cara jahat

Atur cara yang tidak diketahui kewujudannya dalam sistem komputer. Atur cara ini menjalankan tindakan di luar dugaan atau kemahuan pengguna sistem komputer berkenaan. Kewujudannya pada sistem komputer berlaku akibat pemasangan suatu perisian lain yang sah atau merupakan muat beban yang disebarkan daripada kod hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan asad seperti merakamkan aktiviti pengguna tanpa kebenaran (perisian intipan), mempamerkan iklan yang tidak diingini kepada pengguna (perisian iklan), dan juga merampas modem untuk membuat panggilan jarak jauh (perampas modem).

Bidang: Teknologi Maklumat

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: