Oleh
Afiqah binti Harithuddin
•
25 Ogos 2020, 00:24
Istilah Sumber antiviral
Istilah Sasaran antivirus
Agen yang digunakan untuk merawat jangkitan virus.Agen ini membunuh atau menindas replikasi virus dan seterusnya merencatkan keupayaan virus untuk membiak. Agen ini bersifat khusus virus dan berupaya untuk bertindak: pada permukaan sel virus atau di dalam sel hos. Contoh agen antivirus ialah asiklovir, sitarabina, amantadina, idoksuridina, lamivudina, oseltamivir dan zanamivir.
Bidang: Farmasi