PENYEDIAAN MANUSKRIP

  • Manuskrip hendaklah asli dan belum pernah diterbitkan. Penulis bertanggungjawab untuk mengesahkan keaslian manuskrip dan mendapatkan izin terbit bagi semua bahan dalam manuskrip yang memiliki hak cipta daripada pihak luar.
  • Manuskrip perlu ditaip langkau dua baris dengan menggunakan perisian MS Word dan jenis muka taip Times New Roman atau Arial bersaiz 12 poin.
  • Manuskrip hendaklah dicetak jelas dengan menggunakan kertas putih saiz A4 yang berkualiti, sebelah muka surat dan dijilid. Manuskrip tulisan tangan tidak diterima.
  • Manuskrip hendaklah lengkap mengandungi:
    • Halaman judul (mengandungi judul buku dan nama penulis)
    • Senarai kandungan
    • Dedikasi/Penghargaan (jika ada)
    • Kata pengantar (jika perlu)
    • Prakata
    • Pendahuluan/Pengenalan (jika ada)
    • Seluruh bahan teks (termasuk ilustrasi atau brif ilustrasi bagi judul kanak-kanak)
    • Lampiran (jika ada)
    • Glosari (jika ada)
    • Bibliografi
    • Indeks
    • Ilustrasi/jadual/foto (jika berkaitan) – secara berasingan daripada teks atau meletakkan terus di dalam teks
    • Biodata penulis

Anggaran jumlah halaman manuskrip adalah seperti yang berikut:

Bil Manuskrip Anggaran Jumlah Halaman
1 Buku Umum/Ilmiah 150 halaman ke atas
2 Novel Dewasa 200 halaman ke atas
3 Cerpen Dewasa 150 halaman ke atas (minimum 20 cerpen)
4 Drama Dewasa 200 halaman ke atas (minimum 5 skrip drama)
5 Puisi Dewasa 70 halaman ke atas atau 70 buah puisi
6 Novel Remaja 150 halaman ke atas
7 Puisi Remaja Maksimum 50 puisi
8 Novel Kanak-kanak 100 – 150 halaman
9 Puisi Kanak-kanak Maksimum 50 puisi
10 Buku Bergambar Kanak-kanak 8 halaman/16 halaman/24 halaman/32 halaman berserta ilustrasi lengkap dan dua contoh ilustrasi yang telah diwarnakan
11 Buku Berilustrasi Kanak-kanak 48 halaman berserta ilustrasi lengkap dan dua contoh ilustrasi yang telah diwarnakan
12 Buku Infografik Kanak-kanak 32 halaman/48 halaman berserta rajah/gambar foto/ilustrasi lengkap

PENYERAHAN MANUSKRIP

Penulis hendaklah menyerahkan manuskrip berserta bahan iringan seperti yang berikut:

  1. Surat iringan.
  2. Salinan bercetak manuskrip.
  3. Salinan lembut manuskrip(disimpan dalam DVD atau pemacu pena yang tidak akan dikembalikan).
  4. Surat Perakuan Karya Asli (yang menyatakan karya ini milik penulis dan bukan hasil yang diciplak daripada karya orang lain).
  5. Borang Biodata.
  6. Surat Pengesahan Izin Terbit bahan yang memiliki hak cipta daripada pihak luar (jika berkaitan).
  7. Surat kebenaran atau pelepasan daripada penaja atau universiti bagi manuskrip yang dihasilkan daripada tesis.
  8. Ilustrasi asal dalam bentuk digital dan bercetak (jika berkaitan).

Apakah proses yang akan dilalui?

  1. Manuskrip lengkap diterima oleh DBP.
  2. Manuskrip didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Editorial (SPE). Pendaftaran memerlukan nama penulis, alamat , e-mel dan nombor telefon penulis.
  3. Penulis menerima Surat Perakuan Penerimaan Manuskrip.
  4. Manuskrip dinilai pada peringkat awal oleh bahagian yang akan menanganinya (sama ada judul untuk peringkat dewasa, peringkat remaja, peringkat kanak-kanak) untuk dilihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak. Penulis hendaklah bersedia untuk membuat penambahbaikan sekiranya diminta.
  5. Jika manuskrip tidak sesuai untuk diterbitkan oleh DBP, surat penolakan akan diserahkan kepada penulis.
  6. Jika manuskrip sesuai untuk diterbitkan, manuskrip tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Editorial (JKE) untuk mendapatkan kelulusan penerbitannya.
  7. Penulis menandatangani dokumen Perjanjian Lesen Penerbitan yang mengandungi terma-terma tentang hak cipta dan royalti buku penulis.

Maklumat tambahan:

  • Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh enam (6) bulan selepas kelulusan JKE.
  • Bayaran royalti kepada penulis ialah sebanyak 12 peratus (buku umum) dan 20 peratus (buku ilmiah).
  • Penulis boleh menghantar manuskrip ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya jika manuskrip ditolak secara rasmi oleh DBP.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan manuskrip boleh diajukan kepada wakil bahagian seperti yang berikut:

Bidang Bahagian
Umum
Ilmiah
Ketua Editor,
Bahagian Buku Umum, Aras 13
03-21479585
[email protected]
Sastera Ketua Editor,
Bahagian Buku Sastera, Aras 10
03-21479697
[email protected]
Bahasa Ketua Editor,
Bahagian Buku Bahasa, Aras 26
03-21479254
[email protected]
Kanak-kanak
Remaja
Ketua Editor,
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Aras 19
03-21479252
[email protected]

Manuskrip dan bahan iringan boleh dihantar ke alamat seperti yang berikut dengan menyatakan bidang karya pada sudut kanan atas sampul surat:

Pengarah Penerbitan,
Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460, Kuala Lumpur.

* DBP tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan bahan dalam proses penghantaran.
* DBP berhak menolak penghantaran manuskrip yang tidak lengkap.
* Borang Biodata penulis boleh didapati daripada bahagian yang berkaitan.