Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

KUMPULAN PUISI: MUSAFIR CINTA

Penulis: Jemat Gani

Musafir Cinta menghimpunkan 121 buah puisi yang membicarakan pelbagai isu termasuklah isu politik, sosial. ekonomi, agama dan pendidikan. Tema dan persoalan yang dibawa penyair begitu dekat dengan hati masyarakat negara ini khususnya masyarakat setempat. Nilai-nilai murni yang ditampilkan seperti kasih sayang, tanggungjawab seorang pemimpin dan keagamaan adalah antara persoalan masyarakat yang digarap oleh penyair berdasarkan pengalamannya sebagai guru dan pengamatannya terhadap alam persekitaran.
Kekuatan buku ini terletak pada ekspresi penyairnya kepada khalayak. Penyair lebih mementingkan kefahaman makna teks di samping memuatkan dialek setempat yang dilengkapi dengan glosari bagi memudahkan pemahaman pembaca.

Original price was: RM15.00.Current price is: RM12.75.

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149021540101
No. ISBN
9789834902155
Tarikh Terbit
16 Dis 2015
Bil. Halaman (ms)
131
Penulis
Jemat Gani
Berat (Versi Cetak)
0.19kg