Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI HADIS 20: UMAR DAN SELIPAR SURAU

Penulis: Radhiahtul Raehan Mustafa

Umar dan Selipar Surau diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 20: Malu kerana Allah SWT”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi.

Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik. Umar dan Selipar Surau mengisahkan Umar yang menyorokkan beberapa pasang selipar jemaah surau di belakang tong sampah. Pak Cik Rahman yang baru tiba di surau ternampak Umar di rak kasut. Pak Cik Rahman menghampiri Umar. Umar berdebar-debar. Adakah Pak Cik Rahman menyedari perbuatan nakalnya?

Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama
melalui Bengkel Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

RM6.00

No. Produk: N/A Kategori: ,

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5879-4
Penulis
Radhiahtul Raehan Mustafa
Saiz PDF
2 MB