FIQH AL-HADITH SYARAH BULUGH AL-MARAM: NIKAH
Buku Figh al-Hadith Syarah Bulugh Maram: Nikah ini merupakan huraian kitab hadith ahkam yang terkenal, iaitu “Bulghul Maram min Adillat al-Ahkam tulisan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (m. 852 H).
Penulis telah mengemukakan 200 buah hadith dalam Bab Nikah yang disusun secara sistematik dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Setiap hadith mengandungi terjemahan lengkap, huraian terperinci tentang matan hadith, kosa kata hadith (mufradat), figh al-hadith dan pengajaran hadith. Selain itu, setiap hadith ditakhrijkan daripada sumbernya yang asal serta dinyatakan statusnya sama ada sahih, hasan, ataupun daif.
Oleh itu, buku ini perlu dimiliki oleh setiap pencinta sunnah Rasulullah SAW kerana boleh dijadikan panduan lengkap kepada umat Islam khususnya dalam aspek munakahat. Penulis buku ini ialah Dr. Mohd Muhidin Abd Rahman, seorang penulis prolifik dalam bidang hadith.
Antara karya beliau dalam bidang hadith yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka termasuklah:
- Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Jual Beli
- Figh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Haji
- Figh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Zakat dan Puasa
- Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Solat
- Figh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Solat Sunat
- Figh al-Hadith SyarahBulugh al-Maram: Taharah
- Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Pengurusan JenazahBeliau merupakan mantan pensyarah kanan dalam bidang hadith di Pusat Pendidikan Universiti Malaya, Bachok, Kelantan.
RM60.00

