SASTERAWAN NEGARA S. OTHMAN KELANTAN: JUARA
Juara mengangkat pertarungan laga lembu yang
menjadi tradisi dalam
masyarakat
Melayu
Kelantan-Patani
terutamanya
pada
zaman
sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Laga lembu
bukan sahaja melibatkan pertarungan antara
haiwan, tetapi juga pertarungan antara manusia.
Apabila Calet, lembu Abang Lazim dan Mamat
menang menewaskan Langsat, lembu Pak Isa,
maka pertarungan manusia bermula. Pak Isa
bersama puaknya menembak mati Abang Lazim.
Mamat mengetuai puak Abang Lazim memburu
Pak Isa dan puaknya. Bagi Mamat yang tewas di
gelanggang politik meletakkan gelanggang
politik dan gelanggang lembu adalah sama.
Namun kali ini Mamat tidak mahu tewas lagi.
Gelanggang ini adalah maruahnya!
Juara karya besar S. Othman Kelantan diangkat
menjadi filem oleh U-Wei Haji Shaari dengan
judul Jogho. Khalid Salleh yang memegang
watak Mamat memenangi Anugerah Pelakon
Terbaik Asia Pasifik.
Original price was: RM29.00.RM24.65Current price is: RM24.65.


