SEBUAH FRAGMEN CINTA
Lim Swee Tin merupakan antara
penyair era 1970-an yang masih giat berkarya sehingga kini. Walaupun beliau menulis dalam hampir semua genre, tetapi beliau lebih cenderung ke
bidang puisi. Bakat dan kemampuan Lim mula terserlah dan dikesan daripada laporan Panel Hadiah Sastera 1976, antara lain menyebut,”… terutama bagi Lim Swee Tin, Bahasa Kebangsaan bukan sahaja dapat dikuasainya tetapi beliau sudah memperlihatkan kemampuannya untuk mengangkat bahasa itu menjadi bahasa puisi”.
Pada penilaian Hadiah Sastera Malaysia 1982/83, puisinya “Berjalan-Jalan di Sini” dipilih untuk diberi hadiah, diikuti tahun 1984/85 melalui puisi “Sejarah”, dan tahun 1988/89 melalui puisinya “Sewaktu Melintasi Kundasang”. Pada tahun 1983, dalam penilaian Anugerah Puisi Putra 11, antologi Akrab dipilih menerima hadiah penghargaan. Ini menurut Lim, memberinya kekuatan dan keyakinan untuk terus berkarya.
Original price was: RM16.00.RM13.60Current price is: RM13.60.


