LARA GADIS LIPUR
Ada dilema yang bernanah dalam perasaannya. Dia sering berasakan bahawa dia sudah terlalu besar untuk berlipur lara dan sudah mula tersuntik rasa malu untuk berlipur lara sedemikian. Dia berasa bahawa bermain lipur lara jalanan sedemikian sama seperti meminta sedekah.
Dia cuba membayangkan segalanya; Tuk Tam berhikayat dengan paluan dan dondang gendangnya. Dia pula menari dengan rebana sokongan dan kemudiannya orang ramai mencampakkan sekeping dua duit syiling dan kadangkala sehelai dua duit kertas seringgit dalam raga yang disediakannya. Kemudian, dengan wang terkumpul dalam raga itulah mereka menggunakannya untuk kelangsungan hidup yang masih malap dan kabur dalam kandang kemiskinan.
Apakah tidak ada cara lain yang lebih terhormat untuk mencari sesuap nasi? Sejak akhir-akhir ini dia terasa seperti dirinya telah menjadi peminta sedekah. Sampai bilakah harus hidup begini?
Original price was: RM27.00.RM25.65Current price is: RM25.65.

