KUASAI ASAS BACAAN DAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU
Buku ini merupakan hasil karya asli penulis dalam prakarsa membantu murid-murid
sekolah rendah untuk menguasai asas membaca dan menulis, khususnya murid-murid kelas pemulihan khas.
Siti Zubaidah Musa merupakan graduan lulusan Diploma Perguruan dalam bidang pemulihan khas. Beliau berpengalaman mengajar dalam bidang pemulihan khas selama 15 tahun. Penulis telah menghasilkan pelbagai modul Bahasa Melayu aras rendah dan sederhana dan banyak memenangi pertandingan inovasi, antaranya termasuklah Pertandingan Guru Inovatif Daerah Muar dengan penghasilan Kit Modul Pemulihan Khas
pada tahun 2021.
Di samping itu, penulis juga terlibat dalam penghasilan Modul BanTu Bahasa Melayu Pemulihan Khas peringkat daerah Muar dan Modul Asas Literasi dan Numerasi yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
RM18.00


