SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU: BIBLIOGRAFI DIALEK MELAYU DI PULAU SUMATERA
RM25.50
Penerangan
Projek penyusunan dan penulisan sejarah bahasa Melayu mengandungi empat fasa pelaksanaan. Satu daripada fasa tersebut ialah penerbitan siri monograf, termasuklah Bibliografi Dialek Melayu di Pulau Sumatera ini. Penyusunan bibliografi ini menampilkan rujukan semua tulisan tentang semua dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Sumatera yang terbit sehingga tahun 1991. Di dalamnya bukan hanya tercakup daftar kata dan esei linguistik, tetapi dimuatkan juga tulisan tentang ada istiadat, pertukangan tradisi, flora dan fauna, serta karya sastera yang diwarnai dialek Melayu. Bibliografi ini disusun dengan harapan dapat memupuk perhatian terhadap kepelbagaian dialek Melayu yang terdapat di Pulau Sumatera. Penghasilan bibliografi ini memberikan gambaran tentang peluang penggunaan bahasa Melayu yang bukan sahaja mencerminkan peranannya sejak dahulukala di Pulau Sumatera malah melambangkan keagungan bangsa dan bahasa Melayu di seluruh Nusantara.