AKHLAK DALAM ISLAM
Akhlak merupakan salah satu komponen utama yang terkandung dalam agama Islam selain akidah dan syariah. Iman dan Islam seseorang Muslim tidak sempurna tanpa melengkapi ketiga-tiga dasar berkenaan dalam kehidupan harian. Dengan memahami dan mengamalkan akidah, syariah, dan akhlak umat Islam dapat menjalani kehidupan yang penuh keharmonian dan kesejahteraan sesuai dengan tuntutan ajaran Islam. Akhlak yang baik menjadi perhiasan berharga yang mencantikkan keperibadian seseorang individu di mata masyarakat. Suatu bangsa akan berjaya apabila negaranya didukung oleh warganya yang berakhlak luhur. Sebaliknya, apabila warganya berakhlak buruk, maka rosaklah bangsa dan negara tersebut.
Buku ini menjelaskan sifat-sifat peribadi mulia seperti cinta kepada Rasulullah SAW, lemah lembut, istiqamah, pemaaf, ihsan, amanah, adil, menepati janji, pemurah, sabar dan sebagainya; tentang budi pekerti sesama manusia seperti berbakti kepada ibu bapa, berbuat baik kepada kaum kerabat, menyantuni orang miskin dan anak yatim, kasih sesama Mukmin dan sesama manusia, berbuat baik kepada rakan sejawat dan jiran, hormat tamu dan lain-lain. Selanjutnya, dijelaskan tentang akhlak mahmudah terhadap Allah SWT seperti cinta kepada Alah SWT, soleh, warak, taubat, syukur, takwa, zuhud, tawakal, reda dan ikhlas.
Di samping itu, buku ini menerangkan akhlak mazmumah terhadap Alah SWT seperti fasiq, cinta dunia, cinta harta, kufur nikmat, tamak, menurut hawa nafsu, riyak, takabbur, ujub, syirik dan lain-lain. Seterusnya, diterangkan juga tentang tingkah laku keji seperti bohong, mengumpat, fitnah, khianat, munafik, hasad, bakhil, sombong, zalim, membunuh, zina, arak, judi, mencuri, merompak dan sebagainya,
Price range: RM52.00 through RM62.90

