15%
KUMPULAN PUISI: BULAN BIRU DALAM POKET PIJAMAKU
Penulis: IBNU DIN ASSINGKIRI
Naskhah kumpulan puisi Bulan Biru dalam Poket Pijamaku ini cuba menyingkap sisi lain Ibnu Din Assingkiri sebagai penyair yang terbuka kepada multigaya sebagai landasan pengucapan puisi.
plagiarisme itu
bukan donut keras, liat
kerana adunan tidak naik
lalu kausira karamel
dan letakkan namamu
di bungkusannya.
plagiarisme itu
donut gebu bagai pipi
anak kecil tembam –
yang kaucuri dari dapur
kawan atau tetanggamu
dengan harapan, agar
takkan tertangkap
sampai bila-bila.
plagiarisme itu
adalah donut curi▪
walau kausira karamel
untuk mengatup aibnya
Tuhan sedia tahu –
apa dalam nawaitu.
“Giat Mengatup Niat”
Price range: RM9.00 through RM10.20
Butiran Produk
No. Produk
899320050201149488240101
No. ISBN
9789834948825
No. eISBN
978-983-49-5536-6
Tarikh Terbit
05 Mac 2025
Bil. Halaman (ms)
85
Penulis
IBNU DIN ASSINGKIRI
Berat (Versi Cetak)
0.11kg
Saiz PDF
171 MB


