Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

13 MEI 1969 DI KUALA LUMPUR

Penulis: Abdul Rahman Ibrahim

Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur memaparkan kewujudan masyarakat majmuk dan hubungan kaum sejak kedatangan imigran ke negeri-negeri Melayu dan campur tangan British sehingga berlaku Peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Buku ini cuba menghubungkaitkan beberapa isu nasional yang dikatakan menjadi pemangkin kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur. Antaranya termasuklah dasar yang diamalkan oleh British, layanan tentera Bintang Tiga terhadap orang Melayu selepas era pendudukan Jepun, hak istimewa orang Melayu di negara ini yang dipertikaikan oleh kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi Malaysia, serta ketidakadilan dalam pendidikan dan perkhidmatan awam terhadap orang bukan Melayu.
Buku ini juga melihat hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina yang sentiasa tegang pada akhir tahun 1960-an, serta melihat bagaimana konflik politik, konflik sosial dan konflik ekonomi mendorong kepada tercetusnya peristiwa tersebut. Buku ini penting sebagai suatu usaha untuk memaparkan sejarah tanah air dengan lebih jelas kerana sejarah hitam ini kerap dilihat dari sudut yang emosional. Buku yang mengemukakan data komprehensif ini dapat dipertanggungjawabkan dan boleh membantu pengkaji-pengkaji lain mengetahui perkara sebenar di sebalik Peristiwa 13 Mei 1969. Semoga peristiwa ini menjadi iktibar, teladan dan pengajaran kepada kita semua.

Original price was: RM30.00.Current price is: RM25.50.

No. Produk: 959320050201146070640104-jendela Kategori: Tag: ,

Butiran Produk

No. Produk
959320050201146070640104
No. ISBN
9789834607067
Tarikh Terbit
22 Nov 2024
Penulis
Abdul Rahman Ibrahim
Berat (Versi Cetak)
0.21kg