NOVEL REMAJA: KLIKON
Cuaca cerah di luar tiba-tiba bertukar menjadi mendung. Angin tiba-tiba bertiup kencang. Pokok-pokok seperti mahu menyembah bumi kerana tiupan angin yang sangat kuat. Di langit, awan kelabu nampak berat bergerak dalam kelajuan yang luar biasa. Suasana seakan-akan ada malapetaka bakal menimpa.
“Gambit, cuba lihat di dalam bilik kaca di makmal! Terdapat satu ruang di bawah meja. Kamu masukkan kata kunci 122013. Cuba kamu periksa, sampul putih masih ada atau tidak,” arah Atta.
Gambit segera memasuki semula makmal dan mencari sampul yang dimaksudkan oleh Atta. Adakah kejadian ini ada kaitan dengan sampul yang dicari oleh Gambit? Apakah barang rahsia yang ada di dalam sampul tersebut? Klikon ada jawapannya.
Original price was: RM24.00.RM20.40Current price is: RM20.40.

