Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

EDISI KARYA MALAR SEGAR SASTERAWAN NEGARA: SAJAK-SAJAK SEJARAH MELAYU – MUHAMMAD HAJI SALLEH (KK)

Penulis: Muhammad Haji Salleh

Muhammad Haji Salleh hanya mula dikenali di tanah air pada akhir tahun 1960-an walaupun beliau telah menulis lebih awal lagi. Beliau telah menghabiskan usianya di luar negara dan menulis puisi kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Kumpulan puisi beliau, Sajak-sajak Pendatang (1973) dan Perjalanan Si Tenggang II (1975) merupakan dua kumpulan puisi yang kukuh, berbeza daripada puisi yang dicipta oleh penyair yang sebelum dan sezaman dengan beliau. Sejak tahun 1971, beberapa puisinya telah memenangi Hadiah Karya Sastera dan pada tahun 1977, beliau menerima Hadiah Sastera Asean bahagian puisi melalui kumpulan puisi, Perjalanan Si Tenggang II. Buku kajian beliau, Menyeberang Sejarah telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1998/1999).

Original price was: RM45.00.Current price is: RM38.25.

Butiran Produk

No. Produk
899320050201349452940101
No. ISBN
9789834945299
Tarikh Terbit
24 Jul 2024
Bil. Halaman (ms)
97
Penulis
Muhammad Haji Salleh
Berat (Versi Cetak)
0.24kg