Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

AT-TARIKH SALASILAH: NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Buku ini merupakan hasil transliterasi daripada sebuah manuskrip bertulisan Jawi yang kini tersimpan di Pusat Koleksi Manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka. Manuskrip asal tersebut telah dihadiahkan oleh keluarga pengarang asalnya kepada pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Manuskrip asal ini ditulis oleh Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, setelah dititahkan penulisannya oleh Tuanku Pemangku Sultan (Regent), iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Ibrahim ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 5 Januari 1927. Manuskrip ini ditulis bertujuan menyebarkan maklumat tentang sejarah Kedah kepada masyarakat umum.

Karya besar ini telah mencapai umur lebih 96 tahun. Dengan itu, timbul keperluan untuk diterbitkan semula agar dapat ditatap oleh masyarakat umum supaya “diketahui oleh isi negeri” seperti hasrat yang pernah diutarakan oleh pengarangnya sendiri. Buku ini boleh
dianggap sebagai sebuah karya yang sangat penting dan istimewa kerana terdapat beberapa peristiwa bersejarah yang tidak pernah ditulis dalam mana-mana catatan lain sebelumnya. Tanpa buku ini, maka peristiwa tersebut tidak diketahui oleh masyarakat umum.

Penerbitan semula buku ini sangat penting sebagai rujukan untuk ahli sejarah, pengkaji, peminat sejarah tempatan, pelajar
malah menjadi buku rujukan oleh pihak kerajaan negeri Kedah,
terutama berkaitan dengan salasilah kesultanan. Sehingga kini,
inilah buku yang paling lengkap menyenaraikan nama Sultan Kedah
yang pernah memerintah mengikut urutannya dan lengkap dengan
tarikhnya. Selain itu, buku ini juga mengandungi fakta sejarah serta
pelbagai falsafah dan pemikiran yang bersifat antarabangsa untuk
dihayati bersama.

Original price was: RM62.00.Current price is: RM58.90.

No. Produk: N/A Kategori:

Butiran Produk

No. eISBN
9789834947156
Saiz PDF
42 MB