Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

PERAKAUNAN ZAKAT PERTANIAN DALAM KITAB AL-AMWAL

Penulis: Nurul Aqidah Moklis Zahri Hamat

Buku ini membincangkan perakaunan zakat pertanian dalam kitab al-Amwal secara terperinci. Kitab al-Amwal dipilih kerana kitab ini menjadi rujukan utama dalam bidang ekonomi Islam termasuk zakat. Pandangan dan hujahan oleh ulama dalam kitab al-Amwal ini juga berdasarkan sumber yang sahih, iaitu al-Qur’an dan hadith serta mengambil kira keadaan semasa. Terdapat dua skop perbincangan utama dalam buku ini. Pertama, jenis-jenis hasil pertanian yang diwajibkan zakat. Kedua, kaedah taksiran zakat pertanian. Perbincangan kaedah perakaunan zakat pertanian tersebut meliputi jenis hasil pertanian yang diwajibkan zakat, nisab dan kadar zakat yang perlu dikeluarkan. Buku ini turut membincangkan kos pengeluaran yang mempengaruhi perakaunan zakat pertanian seperti kaedah pengairan, kos pembajaan dan penuaian. Selain itu, buku ini membincangkan dua kaedah taksiran zakat pertanian.

RM16.00

Butiran Produk

No. Produk
297320050201149213840101
No. ISBN
9789834921385
Bil. Halaman (ms)
159
Penulis
Nurul Aqidah Moklis Zahri Hamat
Berat (Versi Cetak)
0.23kg