Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

PEDAGANG MELAYU DI SULAWESI SELATAN: IDENTITI DAN KUASA

Penulis: Amrullah Amir, Nordin Hussin

Buku ini membincangkan sejarah masyarakat pedagang Melayu yang telah berhijrah dan menetap di bandar Pelabuhan Makassar dan bermastautin di beberapa wilayah Sulawesi Selatan sejak tahun 1600. Sejarah awal petempatan masyarakat Melayu di Sulawesi Selatan bermula setelah Melaka ditakluki oleh Portugis dan sebahagian para pedagang Melayu telah berhijrah ke beberapa kerajaan tempatan, seperti Siang, Sandrabone, Gowa dan Tanete. Masyarakat Melayu yang berhijrah ini masih meneruskan kemahirannya sebagai pedagang dan sebahagian daripada mereka menjadi pegawai pentadbir, seperti syahbandar, guru, jurutulis, dan pendakwah serta Pendakwa Raya di mahkamah pentadbiran kolonial Belanda.

RM33.00

Butiran Produk

No. Produk
382320000201149225940101
No. ISBN
9789834922597
Bil. Halaman (ms)
380
Penulis
Amrullah Amir, Nordin Hussin
Berat (Versi Cetak)
0.45kg