
SIRI GLOSARI DIALEK MELAYU SEMENANJUNG: GLOSARI DIALEK TERENGGANU EDISI KEDUA
Penulis: Dewan Bahasa dan Pustaka
Glosari Dialek Terengganu merupakan salah satu judul dalam Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung. Buku ini mengandungi senarai kosa kata daripada dialek Terengganu yang terpilih, yang memberikan keterangan lanjut tentang sebutan, kelas kata dan maknanya. Dijelaskan juga penggunaan setiap kosa kata dalam ayat dialek, cara penyebutan ayat berkenaan berserta dengan simbol fonetiknya, dan padanan ayat dialek tersebut dalam ayat baku. Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung diterbitkan sebagai usaha mengumpulkan dan mendokumentasikan kosa kata dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia supaya dapat dijadikan rujukan oleh pengguna bahasa Melayu, khususnya pengkaji bahasa dan budaya Melayu, pelajar dan pendidik.
RM25.00
Butiran Produk
No. Produk
499521116544201
No. ISBN
9789834616540
Tarikh Terbit
06 Mac 2015
Bil. Halaman (ms)
285
Penulis
Dewan Bahasa dan Pustaka
Berat (Versi Cetak)
0.30kg

