Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

RAMPAI SARI PROSA WARISAN

Penulis: Diselenggara oleh MOHD. YUSOF MD. NOR dan INON SHAHARUDDIN ABDUL RAHMAN

Rampai Sari Prosa Warisan mengandungi petikan-petikan daripada prosa lama yang dianggap oleh penyelenggara sebagai mewakili zamannya, bukan sahaja dari segi kandungannya, malah dari segi teknik penulisannya serta kesan fungsional yang akan diperoleh para pembaca. Yang menjadi sumber pertama buku ini ialah sumber sastera rakyat, iaitu sastera daripada masyarakat yang berhubung rapat dengan alam rayanya. Pada asalnya sastera rakyat berbentuk lisan, tetapi apabila kemahiran menulis mula diterima olch rakyat Melayu di Nusantara beberapa abad yang lalu, maka banyak bahan sastera rakyat ditulis semula. Oleh hal yang demikian, bahan sastera rakyat itu menjadi hak bersama keseluruhan rakyat yang sememangnya mendukung dan menyanjung cerita-cerita warisan mereka scperti cerita asal usul atau cerita “etiologis”, mitos, legenda, epik, dan sebagainya.

Cerita pertama, iaitu “Asal Padi” misalnya, mengisahkan tentang padi yang berasal dari kayangan, dan dibawa ke bumi untuk ditanam.

Original price was: RM22.00.Current price is: RM18.70.

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149035040101
No. ISBN
9789834903503
Tarikh Terbit
05 Mei 2016
Bil. Halaman (ms)
203
Penulis
Diselenggara oleh MOHD. YUSOF MD. NOR dan INON SHAHARUDDIN ABDUL RAHMAN
Berat (Versi Cetak)
0.26kg