Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

PERKEMBANGAN AWAL NAHU ARAB

Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh

Buku ini mengupas pelbagai aspek perkembangan awal ilmu nahu Arab. dengan menelusuri sejarah kelahirannya melalui perbincangan tentang faktor dan tokoh-tokoh yang membawa kepada pengasasan ilmu tersebut. Sumber-sumber penghujahan atau sandarannya semasa membina disiplin ilmu nahu serta setiap fasa perkembangannya dijelaskan secara ringkas dan padat. Perbincangan buku ini menjadi semakin menarik apabila diperincikan zaman kegemilangan ilmu tersebut dengan kemunculan dua aliran yang bakal mencorakkan masa depan ilmu nahu Arab. Perbahasan mengenai metode, sumber dan tokoh yang mendukung aliran-aliran tersebut telah digarap sehingga berjaya menampakkan kerancakan interaksi ilmiah dan aktiviti intelek melalui penyelidikan serta penyebaran ilmu. Semangat dan usaha gigih generasi tersebut dalam menobatkan dan mendaulatkan bahasa Arab wajar diteladani bagi memelihara bahasa ibunda. Oleh itu, buku ini sesuai untuk dibaca dan ditelaah oleh penuntut institusi pengajian tinggi, para pelajar, guru

RM15.00

Butiran Produk

No. Produk
492320050201146040740102
No. ISBN
9789834604073
Tarikh Terbit
11 Sep 2017
Bil. Halaman (ms)
189
Penulis
Kamarul Shukri Mat Teh
Berat (Versi Cetak)
0.24kg