Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

NOVEL REMAJA: SERU KATANAGA

Penulis: Ahmad Patria

Arkus, merupakan sebilah pedang panjang yang dikenali sebagai katanaga Artakus. Menggunakan pedang ini, bangsa Aurora banyak memenangi peperangan dengan bangsa Morrok. Dalam mempertahankan genting Numerius, berlaku pertembungan antara tentera Aurora dan Morrok. Artakus berjuang bermati-matian mempertahankan genting Numerius seperti bertempur dengan Ketua atau Lodra Legion Tiga, Enam dan Tujuh. Artakus dianggap sebagai seorang hero kerana bangsa Aurora menang dan gemilang di bawah pimpinannya.

Kekuatan seseorang pahlawan bukan sahaja terletak pada kekuatan fizikal sahaja, tetapi kehebatan dan keajaiban sebilah katanaga juga. Setiap katanaga mempunyai keistimewaannya tersendiri. Seru Katanaga merupakan sebuah mantera untuk menaikkan semangat tentera Aurora ketika di ambang peperangan. Apakah yang membuatkan Artakus sanggup berjuang bermati-matian mempertahankan genting Numerius? Berjayakah bangsa Aurora mempertahankan kemenangan menentang bangsa Morrok?

RM18.00

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149316530101
No. ISBN
9789834931650
Tarikh Terbit
16 Jun 2021
Bil. Halaman (ms)
200
Penulis
Ahmad Patria
Berat (Versi Cetak)
0.16kg