Oleh
Afiqah binti Harithuddin
•
20 Julai 2020, 23:03
Istilah Sumber leadership style
Istilah Sasaran gaya kepemimpinan
Gaya seseorang pengurus atau pemimpin dalam menentukan haluan, memantau pelaksanaan rancangan dan memotivasikan pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Gaya kepemimpinan yang berbeza ditentukan oleh faktor peribadi pemimpin tersebut, budaya organisasi dan persekitaran perniagaan. Contoh perbezaan gaya kepemimpinan yang kerap disebut ialah gaya kepemimpinan autokratik atau gaya kepemimpinan demokratik. Lihat juga pemimpin demokratik, pemimpin autokratik.
Bidang: Pengurusan