pengetahuan tersirat 08102020
pekabahasa juadah bawaan pembubaran 12102020
Oleh M. Hafiz
8 Oktober 2020, 01:06

Istilah Sumber tacit knowledge
Istilah Sasaran pengetahuan tersirat

Perkara-perkara yang tidak tertulis dan terucap oleh individu, namun ia tersimpan dalam diri individu tersebut. Pengetahuan tersirat boleh dijelaskan dalam bentuk emosi, ingatan, pengalaman, rangsangan deria atau gerak hati yang wujud dalam diri setiap individu. Pengetahuan ini akan timbul apabila diperlukan tanpa disedari. Kepentingan menguruskan pengetahuan tersirat dalam organisasi adalah dengan memastikan maklumat dan pengetahuan tersebut dikekalkan dalam bentuk dokumentasi atau sistem pengkomputeran. Contohnya, capaian pada soalan lazim (FAQ) dalam komputer yang menyediakan jawapan kepada pelbagai persoalan pengurusan organisasi tanpa perlu merujuk kepada individu tertentu.

Bidang: Pengurusan

Kongsi