Istilah Sumber musical commercial
Istilah Sasaran iklan irama
Salah satu kaedah mempersembahkan mesej pengiklanan dengan menggunakan irama dan lagu. Melalui kaedah ini, mesej dipersembahkan dengan iringan muzik yang dicipta khas untuk membawa mesej yang disampaikan. Terdapat dua cara utama iklan ini dihasilkan. Pertama, keseluruhan iklan dipersembahkan sepenuhnya dalam bentuk muzik dan setiap perkataan yang digunakan memberikan makna yang berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan. Kedua, iklan yang disampaikan dengan pendekatan persembahan yang pelbagai, iaitu gabungan antara muzik bermesej dengan dialog atau maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipersembahkan oleh perawi. Iklan ini berfungsi untuk menarik perhatian khalayak kepada mesej barangan atau perkhidmatan terutamanya kanak-kanak. Iklan ini boleh disiarkan melalui media elektronik atau secara audio yang disampaikan melalui pembesar suara seperti penjual aiskrim. Sinonim dendang.
Bidang: Komunikasi