Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

BAHAN RADIOAKTIF TABII DAN MANUSIA

Penulis: Muhamat Omar, Zalina Laili

Buku ini membincangkan fakta dan angka berkaitan dengan Bahan Radioaktif Tabii atau Naturally Occuring Radioactive Materail (NORM) yang terdapat di sekeliling hidupan dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. Terdapat banyak industri yang memproses bahan-bahan yang mengandungi NORM untuk kemajuan teknologi dan ekonomi negara. Oleh yang demikian, penting bagi masyarakat mengetahui tentangnya. Buku ini juga memberikan kefahaman dan kesedaran kepada orang awam dan juga mereka yang terlibat dalam bidang teknikal NORM. Selain maklumat asas tentang bahan radioaktif tabii, buku ini turut mengemukakan kepentingan dan bahaya bahan tersebut kepada manusia dan persekitarannya jika tidak diurus dengan sebaik-baiknya. Aspek asas perundangan yang berkaitan dengan bahan radioaktif ini juga dipaparkan sebagai rujukan dan panduan.

RM28.00

Butiran Produk

No. Produk
539521115134101
No. ISBN
9789834615130
Tarikh Terbit
12 Mei 2015
Bil. Halaman (ms)
176
Penulis
Muhamat Omar, Zalina Laili
Berat (Versi Cetak)
0.33kg