Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

SEJARAH DAN MEDIA BAHARU

Penulis: Shakila Yacob, Rosilawati Zainol

Buku ini menghuraikan kepentingan penggunaan media baharu sebagai satu pendekatan baharu dan inovatif dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran sejarah pada peringkat sekolah dan juga universiti lebih menarik. Dimulai dengan penerangan tentang media baharu dan perkembangan terkini dalam bidang sejarah, buku ini seterusnya memuatkan perkembangan serta cabaran jurang digital di Malaysia. Hal ini diikuti penerangan terperinci berkenaan dengan sumber dan penggunaan internet yang telah merevolusikan pendidikan sejarah. Buku ini menjadi sumber rujukan kepada pendidik, pelajar penyelidik dan mereka yang berminat dalam bidang sejarah.

Ditulis oleh dua orang pensyarah yang mempurvai kepakaran dalam bidang Sejarah dan juga perisian teknologi terkini, buku ini merupakan sebuah karya akademik yang amat sesuai digunakan sebagai rujukan pendidik dan pelajar sejarah.

Original price was: RM20.00.Current price is: RM17.00.

Butiran Produk

No. Produk
907521115344101
No. ISBN
9789834615345
Tarikh Terbit
21 Jan 2015
Bil. Halaman (ms)
219
Penulis
Shakila Yacob, Rosilawati Zainol
Berat (Versi Cetak)
0.33kg