YANG DI-PERTUAN AGONG KEDAULATAN, PREROGATIF DAN AMALAN (K/K)
Original price was: RM50.00.RM42.50Current price is: RM42.50.
Sinopsis
Perbahasan dalam buku ini sekali gus mengulas prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang sering dilaung-laungkan oleh banyak pihak. Satu aspek yang tidak kurang pentingnya dalam huraian buku ini ialah fungsi kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman di bawah Perlembagaan Persekutuan bersumberkan prinsip kedaulatan Yang di-Pertuan Agong. Daripada prinsip kedaulatan baginda maka lahirlah apa yang diistilahkan sebagai prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong hanya dapat dihuraikan secara tuntas sekiranya premis perbincangan yang berlatarkan kedaulatan raja-raja Melayu dilihat dari perspektif watan.
Kekuatan buku ini berpaksi pada kerangka watan yang digunakan dalam membicarakan setiap subjek berkaitan. Legitimasi kerangka watan diajukan untuk menjustifikasikannya sebagai satu kaedah pentafsiran berwibawa bagi menghuraikan kedaulatan dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong di dalam Perlembagaan Per