5%

YAKIN BOLEH, ALAWA!

RM15.20RM16.00

Padam
No. Produk: 9789834934088-jendela Kategori: ,

Penerangan

Cerita Yakin Boleh, Alawa! mengisahkan kehidupan Alawa Vitus yang berusia 12 tahun dan merupakan seorang murid yang miskin tegar. Hidup keluarganya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cikgu Jainah, guru kelas Alawa, mengingatkan murid-murid kelasnya supaya membayar yuran tuisyen Matematik. Peringatan tersebut menyebabkan hati Alawa risau dan gundah lalu dia cuba meminta wang daripada bapa dan emaknya. Seperti jangkaannya, bapa dan emaknya tidak mampu menyediakan wang untuk bayaran tuisyen tersebut. Alawa berusaha mencari jalan untuk mendapatkan wang tersebut. Akhirnya, dia mendapat idea untuk membantu atuk dan neneknya menjual buah-buahan semasa musim cuti sekolah. Melalui wang tersebut, dia bukan sahaja dapat melunaskan bayaran tuisyen Matematik tetapi juga dapat membeli kasut sekolah yang baharu. Selain itu, kandungan cerita ini turut menyelitkan kisah kesungguhan, kepandaian dan semangat tinggi yang ada dalam diri Alawa yang teguh menghadapi cabaran dalam hidupnya. Antaranya termasuklah kecekalannya mendepani ejekan sekumpulan budak nakal yang sering mengganggunya setiap kali pulang dari sekolah, kegigihannya ke sekolah dengan berkaki ayam ketika kasutnya tidak dapat digunakan lagi dan kekuatan semangatnya untuk mengejar kejayaan dalam pelajaran demi mengubah corak kehidupan keluarganya.

Maklumat

No. Produk
9789834934088
No. ISBN/ISSN
9789834934088
Muka Surat
131
Penulis
Rozeline Vitalis
Saiz PDF
7 MB