WARISAN SENI BINA JOHOR
RM34.00
Penerangan
Bangunan yang didokumentasikan dalam buku ini merupakan sebahagian daripada warisan seni bina yang terdapat di Johor. Bangunan warisan yang terpilih memperlihatkan pengaruh budaya Melayu, Cina, India, Bugis, Jambi dan seni bina kolonial Inggeris. Pendidikan tentang adaptasi, resam dan kebudayaan dalam setiap kaum dalam seni bina di negara ini sememangnya perlu disajikan agar pemuliharaan dan penggunaan semula bangunan tersebut dapat dijiwai bagi mengekalkan identiti negara bangsa. Dokumentasi bangunan warisan seperti yang terdapat dalam buku ini bukan sahaja penting bagi pembaca untuk mengetahui tentang selok belok binaan dan bangunan tetapi juga merupakan suatu refleksi adaptasi dan kepercayaan sesuatu kaum atau bangsa dalam dunia Melayu yang lama.