15%

WARISAN MELAYU SRI LANKA

RM34.00

Padam

Penerangan

Buku ini merupakan hasil usaha awal pengumpulan makalah-makalah tentang Melayu Sri Lanka yang dihasilkan oleh penuls-penulis Sri Lanka. Buku ini terbahagi kepada sepuluh bahagian yang mencakup sejarah umum dan budaya; hubungan Sri Lanka dangan dunia Melayu; petempatan di bandar dan desa; bahasa dan persuratan; pertubuhan Melayu di Sri Lanka; biografi tokoh Melayu; hal ehwal sosial dan budaya; masjid dan keramat; kegiatan sukan; dan juadah Melayu di Sri Lanka. Buku ini penting dalam konteks pendokumentasian dan penyebaran maklumat tentang bahasa, persuratan dan kebudayaan Melayu di daerah luar dan Nusantara iaitu daerah yang mewarisi tradisi tamadun Melayu dan yang menjadi bukti penyebaran bangsa Melayu yang luas. Buku ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui sejarah asal orang Melayu Sri Lanka, dan warisan persuratan, bahasa dan budaya yang masih dapat dilihat sehingga hari ini.

Maklumat

No. Produk
306521180564101
No. ISBN/ISSN
9789836280565
Tarikh Terbit
05 Mei 2015
Muka Surat
632
Penulis
Ismail Hussein & Awang Sariyan
Berat (Versi Cetak)
0.74kg