5%

Tutorial Animasi Asas Scratch 3.0 Siri 2

RM10.45

Padam

Penerangan

Buku Tutorial Animasi Asas Scratch 3.0 Siri 2 ini merupakan lanjutan daripada siri
pertama yang memfokuskan elemen yang terlibat dalam pembangunan permainan,
penghasilan muzik, pembinaan plot cerita dan penginderaan video. Menerusi
pembangunan permainan, pengguna diberi pendedahan tentang penguasaan
elemen asas bagi membina pelbagai bentuk permainan berdasarkan kreativiti
mereka.
Penerangan tentang penghasilan muzik sebagai latar bagi penghasilan
sesebuah projek Scratch pula menjadi nilai tambah kepada penghasilan permainan
dan penceritaan digital. Pendedahan kepada pembinaan plot cerita pula dapat
menjanakan idea bagi menghasilkan penceritaan digital yang menarik dalam
pelbagai bidang. Selain itu, topik penginderaan video membolehkan pengguna
menghasilkan gabungan animasi sama ada bagi pembangunan permainan atau
penceritaan digital.
Buku ini harus dimiliki oleh para pengguna kerana memberikan panduan
yang jelas dan teratur dalam penghasilan animasi yang lebih bernilai tinggi sekali
gus menguji kebolehan pengaturcaraan mereka.

 

Maklumat

No. ISBN/ISSN
978-983-49-3770-6
Muka Surat
104
Penulis
Ruzlaini Ghoni
Saiz PDF
73 MB