Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

TAFSIR AL-MARBAWI QURAN BERGANTUNG MAKNA MELAYU

Penulis: Haiyah Hussin, Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Sabri Mohamad

Manuskrip Melayu Islam ialah warisan ilmu dalam bidang keagamaan yang dihasilkan oleh intelektual Melayu yang falsafah, jati diri bangsa Melayu dan nilai keagamaan yang menunjangi kehidupan mereka. Antara manuskrip yang baru didedahkan penemuannya kepada masyarakat umum termasuklah Quran Bergantung Makna Melayu, karya tafsir oleh Mohamed Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi (1896) -1989). Manuskrip ini dihasilkan oleh al-Marbawi pada 21 Syaaban 1375H, bersamaan 2 April 1956 ketika beliau berada di Kaherah. Naskhah manuskrip ini setebal 377 halaman termasuk indeks dan mengandungi tafsiran surah al-Fatihah sehingga surah al-An’am, ayat 14. Pendekatan tafsirnya secara tahlili, dengan huraian makna sebahagian daripada potongan ayat al-Qur’an bersumberkan ayat al-Qur’an yang lain atau hadis Nabi Muhammad SAW dan pendapat para sahabat r.a. Kebiasaannya riwayat tersebut dikemukakan maknanya sahaja.

Original price was: RM100.00.Current price is: RM85.00.

Butiran Produk

No. Produk
297320000201349044340101
No. ISBN
9789834904432
Tarikh Terbit
22 Nov 2021
Bil. Halaman (ms)
736
Penulis
Haiyah Hussin, Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Sabri Mohamad
Berat (Versi Cetak)
1.40kg