Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

SUKA RELA SUKAR LAWAN

Penulis: Nor Zakiah Senin

Suka Rela Sukar Lawan atau singkatannya SukaReLawan bukanlah makna sukarelawan secara tuntasnya tetapi adalah manifestasi roh dan semangat yang menjadi daya kelangsungan seseorang sukarelawan. Inilah yang menjadi nadi buku ini.
Menjadi seorang sukarelawan bukan sekadar kita “suka” melakukannya, bukan sekadar kita “rela” menjayakannya, namun apabila kita berhadapan dengan perkara yang “sukar” kita bersedia untuk melawannya. Paling utama adalah saat kita melawan kesukaran tersebut, jiwa kita masih utuh mengekalkan rasa suka dan rela itu.
Dalam kerja sukarela ini, mahu atau tidak mahu kita akan menghadapi cabaran dan konflik sama ada dalaman atau luaran. Dari segi dalaman berpunca daripada diri kita sendiri, contohnya ketidakstabilan emosi, kecelaruan mental, kekeruhan spiritual, ketidaksediaan fizikal dan lain-lain. Manakala dari segi luaran pula berkaitan dengan sumber persekitaran yang tidak menyokong, ketidakserasian rakan sepasukan, kekangan pihak atasan, ketidakselarian agenda dengan pihak berkepentingan, permintaan luar jangkaan kumpulan sasar dan lain-lain lagi. Namun, atas kejituan. semangat untuk melawannya kita mampu melaluinya dan mampu melepasi fasa tantangan yang pasti menghurung jiwa dan minda. Kadangkala kita menang. kadangkala kita kalah. Kadangkala kita betul, kadangkala kita salah. Kadangkala kita dipuji, kadangkala kita dikeji. Kadangkala kita dilambung tinggi, kadangkala kita diinjak di telapak kaki. Ini rencam hidup sukarelawan. Namun percayalah! Teguhnya hati kita. untuk melawan bersadur kesederhanaan jiwa, akhirnya akan memewahkan kita dengan akhlak, ilmu, pengalaman, kemahiran, kematangan, jaringan kerja dan sebagainya.
Jelas semua itu mampu menjadi bekalan utama untuk kita terus beraksi penuh intensiti dan konsistensi bagi manfaat mereka yang memerlukan. Lebih jelas lagi. segala impak perjuangan berterusan ini akan tetap menjadikan diri kita sebagai insan. kecil di sudut dunia yang kecil, namun kita berjaya memiliki jiwa yang besar. Insya-Allah.

Price range: RM53.20 through RM68.00

No. Produk: 362320000201149468940101-jendela Kategori: , Tag:

Butiran Produk

No. Produk
362320000201149468940101
No. ISBN
9789834946890
No. eISBN
9789834949402
Tarikh Terbit
26 Nov 2024
Bil. Halaman (ms)
389
Penulis
Nor Zakiah Senin
Berat (Versi Cetak)
0.54kg
Saiz EPUB
96 MB