Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

SOALAN LAZIM TENTANG COVID-19

Penulis: Rohaidah Hashim, Masita Arip dan Siti Roszilawati Ramli

Karya ini dihasilkan oleh tiga orang pakar perunding patalogi daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Buku ini membincangkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan virus COVID-19. Penulisan buku ini dimulakan dengan fakta asas berkaitan dengan mikroorganisma secara umum, maklumat am tentang virus, info khusus dan struktur asas virus COVID-19. Selain itu, buku ini juga menghimpunkan soalan dan jawapan yang jelas serta mudah difahami tentang jangkitan dan sebaran, ujian makmal, kaedah rawatan dan pencegahan serta pengambilan vaksin bagi menjawab persoalan yang sering ditanya oleh masyarakat dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Berdasarkan sumber sahih dan rujukan pakar perubatan, buku ini sesuai untuk semua golongan pembaca dalam memahami krisis kesihatan global pada abad ke-21.

RM25.00

No. Produk: N/A Kategori:

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5905-0
Penulis
Rohaidah Hashim, Masita Arip dan Siti Roszilawati Ramli
Saiz PDF
9 MB