15%

SIRI SEJARAH NUSANTARA: SEJARAH KEDAH EDISI SEMAKAN

RM12.75

Padam

Penerangan

Dalam tahun 1939, laitu semasa bertugas sebagai guru di MPSI Tanjung Malim, Buyong Adil telah menyiapkan karangan beliau yang kemudian diterbitkan dengan nama Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Sejarah Alam Melayu Penggal V. Buku-buku ini telah menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka. Bermula dari sinilah minat beliau semakin mendalam untuk mengarang.

Setelah meninggalkan dunia perguruan, beliau menumpukan sepenuh masa menulis mengenai sejarah negeri-negeri di Malaysia. Buku Sejarah Kedah ini ialah karangannya yang menceritakan Kedah pra-Islam, pengislaman raja-rajanya, hubungan Kedah dengan Siam dan salasilah raja-raja Kedah.

Buku-buku lain karangan beliau yang diterbitkan di bawah siri ini ialah Sejarah Perlis, Sejarah Perak, Sejarah Selangor, Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Melaka, Sejarah Johor, Sejarah Singapura, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu, Sejarah Sabah dan Sejarah Sarawak.

Maklumat

No. Produk
959320050201149224140201
No. ISBN/ISSN
9789834922412
Tarikh Terbit
17 Mac 2020
Muka Surat
115
Penulis
BUYONG ADIL
Berat (Versi Cetak)
0.15kg