5%

SIRI SAINS DI SEKITAR KITA: KEMAHIRAN SAINTIFIK

RM19.00RM20.00

Padam
No. Produk: 9789834934064-jendela Kategori: ,

Penerangan

Buku ini merupakan judul pertama dalam Siri Sains di Sekitar Kita yang dicadangkan untuk dijadikan buku sokongan pendidikan dan bacaan tambahan kepada buku teks bagi mata pelajaran Sains Tahun 1 hingga Sains Tahun 6. Siri ini mengandungi 10 judul yang merangkumi kesemua skop pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Semakan 2017, iaitu kurikulum yang terkini. Judul tersebut ialah Kemahiran Saintifik, Manusia, Haiwan, Tumbuhan, Cahaya, Bunyi, Tenaga, Bahan, Bumi dan Mesin. Bagi manuskrip pertama berjudul Kemahiran Saintifik ini, murid diperkenalkan dengan Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif. Kedua-dua kemahiran ini merupakan kemahiran yang mesti dicapai oleh murid seperti yang dihasratkan oleh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains. Kemahiran Saintifik digunakan dalam proses inkuiri dan menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik untuk penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Dalam manuskrip ini, penulis telah memberikan pelbagai contoh aktiviti yang merangkumi Kemahiran Proses Sains seperti memerhati, mengelaskan, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramalkan, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. Bagi Kemahiran Manipulatif pula, penulis memberikan pendedahan tentang pelbagai jenis peralatan sains dan cara pengendaliannya yang betul.

Maklumat

No. Produk
9789834934064
No. ISBN/ISSN
9789834934064
Muka Surat
48
Penulis
Enchum Ibrahim
Saiz PDF
148 MB