Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI HADIS 14: ZARA MESTI TAHU

Penulis: Fadillah Ismail

Zara Mesti Tahu diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 14: Larangan Berzina, Membunuh dan Murtad”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi. Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik.

Zara Mesti Tahu mengisahkan Zara sedang menonton televisyen bersama-sama keluarganya. Berita memaparkan seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman kerana melakukan kesalahan. Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu? Apakah yang perlu diketahui oleh Zara?

Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama melalui Bengkel Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Original price was: RM6.00.Current price is: RM5.70.

No. Produk: N/A Kategori: ,

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5871-8
Penulis
Fadillah Ismail
Saiz PDF
5 MB