SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU: MORFOLOGI
Morfologi ialah buku pedoman bagi mengajarkan tatabahasa, khususnya pembentukan kata bahasa Melayu. Buku ini diterbitkan dalam Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, yang dikarang khusus bagi memenuhi keperluan para pensyarah, guru dan pelajar bahasa Melayu pada masa ini. Edisi pertama buku ini diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1986 dengan tajuk Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Walaupun tidak dicetak semula, buku ini masih digunakan sebagai buku teks dan rujukan oleh pelajar bahasa Melayu di maktab perguruan dan universiti. Oleh sebab itu, buku ini diterbitkan semula bagi membantu para pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu. Sudah tentunya buku ini menjadi keperluan bagi setiap guru bahasa Melayu dan perlu disimpan di semua perpustakaan universiti, maktab, sekolah, awam dan peribadi.
Original price was: RM35.00.RM33.25Current price is: RM33.25.

