5%

SIRI OH, BEGITU CARANYA!: TEKNOLOGI RUMAH TANGGA

RM19.00RM20.00

Padam
No. Produk: 9789834934125-jendela Kategori: ,

Penerangan

Siri Oh, Begitu Caranya! mengandungi beberapa judul buku dan dicadangkan oleh penulis sebagai buku sokongan pendidikan dan bahan bacaan tambahan untuk buku teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku teks RBT diterbitkan bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada murid dalam membuat reka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan teknologi yang mudah dan bermakna bagi melahirkan generasi alaf baharu yang dapat mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri. Penerbitan buku berinformatif ini pula diharapkan dapat menyokong kandungan dalam buku teks yang agak terhad disebabkan kekangan halaman. Dari aspek konsep persembahan, buku ini mengikut format persembahan sama seperti dalam judul-judul sebelum ini. Teknologi Rumah Tangga ini memaparkan maklumat yang diperincikan daripada kandungan buku teks berkaitan dengan artikel jahitan. Penulis menyelitkan maklumat tentang kegunaan mata jahitan yang tidak terdapat dalam kandungan buku teks. Di samping itu, projek penghasilan produk yang diterangkan oleh penulis berbeza dengan kandungan dalam buku teks. Penulis menjelaskan langkah-langkah penghasilan artikel jahitan sarung tangan kalis panas, sementara dalam buku teks projek artikel jahitan yang dihasilkan ialah alas tali pinggang keledar.

Maklumat

No. Produk
9789834934125
No. ISBN/ISSN
9789834934125
Muka Surat
48
Penulis
Abd Karim Daud
Saiz PDF
41 MB