5%

SIRI OH, BEGITU CARANYA!: REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN

RM19.00RM20.00

Padam
No. Produk: 9789834933937-jendela Kategori: ,

Penerangan

Siri Oh, Begitu Caranya! mengandungi beberapa judul dan dicadangkan oleh penulis sebagai buku sokongan pendidikan dan bahan bacaan tambahan untuk buku teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku teks RBT diterbitkan bertujuan untuk memberikan penekanan kepada murid dalam membuat reka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan teknologi yang mudah dan bermakna bagi melahirkan generasi alaf baharu yang dapat mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri. Bagi menyokong dan memantapkan pemahaman murid dan guru terhadap kandungan buku teks, buku berjudul Reka Bentuk Pembungkusan ini dilengkapi dengan maklumat tambahan yang tidak terdapat dalam buku teks seperti cara melakarkan bentuk asas, teknik menghasilkan reka bentuk yang baik selain memasukkan banyak contoh pembungkus yang pelbagai bentuk dan jenis. Di samping itu, pembaca akan dapat memperoleh pengetahuan dan meningkatkan kemahiran tentang projek penghasilan reka bentuk pembungkusan yang tidak serupa dengan kandungan buku teks. Proses penghasilan produk ini ditunjukkan secara terperinci melalui proses yang pernah dipelajari oleh mereka, termasuklah menjanakan idea, membuat lakaran reka bentuk bermaklumat, menilai lakaran, membuat penambahbaikan, mengira kos bahan dan menghasilkan produk dengan teknologi yang dipilih. 

Maklumat

No. Produk
9789834933937
No. ISBN/ISSN
9789834933937
Muka Surat
48
Penulis
Mohd Rahim Mohd Sharif
Saiz PDF
37 MB