SIRI CILIK JAUHAR: TELUR PINDANG
Telur Pindang merupakan satu daripada 12 judul dalam Siri Cilik Jauhar. Siri ini disasarkan kepada kanak-kanak yang berusia empat tahun. Buku ini mengisahkan Wafa dan Wafi mengikuti ayah dan ibu pergi ke rumah ibu saudara mereka. Ibu saudara Wafa dan Wafi akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada esok hari. Wafa dan Wafi telah membantu ibu dan ayah mereka menyiapkan bunga telur. Semasa menyiapkan bunga telur, Wafa dan Wafi mempelajari sebab telur pindang berwarna gelap, tidak seperti telur rebus yang biasa. Wafa juga berpeluang merasai keenakan telur pindang.
Selain itu, buku ini lebih mesra pembaca kerana menyediakan aktiviti menarik untuk dilakukan oleh kanak-kanak bersama-sama guru atau ibu bapa, di samping merangsang kemahiran psikomotor si cilik.
Penerbitan 12 judul Siri Cilik Jauhar merupakan kerjasama penerbitan buku antara
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
Original price was: RM8.00.RM7.60Current price is: RM7.60.

