Siri Cilik Jauhar: Sedapnya Jus Nanas
Sedapnya Jus Nanas merupakan satu daripada 12 judul dalam Siri Cilik Jauhar. Siri ini disasarkan kepada kanak-kanak yang berusia empat tahun.
Buku ini mengisahkan Wafa dan Wafi membantu datuknya membuat jus nanas. Pembaca diperkenalkan dengan nombor-nombor pada setiap langkah semasa menyediakan jus nanas. Setelah siap, Wafi dan Wafa minum jus nanas dan mengakui kesedapan jus tersebut.
Selain itu, buku ini lebih mesra pembaca kerana menyediakan aktiviti menarik untuk dilakukan oleh kanak-kanak bersama-sama guru atau ibu bapa, di samping merangsang kemahiran psikomotor si cilik.
Penerbitan 12 judul Siri Cilik Jauhar merupakan kerjasama penerbitan buku antara
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
Original price was: RM8.00.RM7.60Current price is: RM7.60.

