Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

SIRI BICARA PERUNDANGAN: MALNUTRISI DI MALAYSIA

Penulis: Rabiatul Nur Hidayati Jalaludin Helmi dan Muhamad Helmi Md. Said

Malaysia ialah negara demokrasi yang berdaulat, lengkap dengan sistem undang- undangnya yang tersendiri. Undang-undang Malaysia ialah satu kerangka perundangan yang komprehensif dan berdasarkan kepada gabungan sumber undang-undang seperti Perlembagaan Persekutuan, undang-undang bertulis dan keputusan Mahkamah. Undang-undang ini mencerminkan warisan undang-undang Inggeris dan sistem perundangan Islam, malah turut melibatkan unsur-unsur undang-undang adat tempatan.

Sistem perundangan Malaysia membentuk asas pentadbiran keadilan di negara ini dan memberikan landasan bagi perlaksanaan hukuman dan perlindungan hak asasi manusia.

Situasi kesihatan dan penyakit di Malaysia ialah aspek penting yang berkait rapat dengan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Negara ini telah mencapai kemajuan dalam sektor kesihatan dengan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang merata di seluruh negara. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran kesihatan yang perlu diatasi, antaranya termasuklah penyakit kronik, penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dan isu kesihatan mental.

Turut terangkum ialah isu malnutrisi yang semakin meningkat, namun begitu tidak diberikan perhatian yang sewajamya untuk merawat masalah kesihatan ini. Dengan memahami dan mengatasi cabaran ini, Malaysia dapat terus bergerak ke arah pembangunan kesihatan yang lebih berkesan dan inklusif, maka penulisan ini menekankan isu malnutrisi di Malaysia untuk lebih difahami oleh anggota masyarakat.

Original price was: RM21.00.Current price is: RM19.95.

No. Produk: N/A Kategori:

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5830-5
Penulis
Rabiatul Nur Hidayati Jalaludin Helmi dan Muhamad Helmi Md. Said
Saiz PDF
4 MB